KENALI KAMI..
Pada 8 November 2017, Kolej Komuniti Cawangan Maran (KKCM) di bawah pengurusan Kolej Komuniti Paya Besar (KKPB) telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh. Terkini, Kolej Komuniti Cawangan Maran (KKCM) telah bertukar nama sebagai Kolej Komuniti Paya Besar Cawangan Maran bermula tahun 2023. KKPBCM menawarkan 1 program sepenuh masa iaitu Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian (SSK). Bermula Sesi 2 2023/2024 (Januari 2024), program ini telah bertukar nama kepada Sijil Teknologi Maklumat (Trek Sistem Komputer).